Dec 23, 2008

Im Back

Assalamualaikum, Hi everyone. Im back now for the new stories. Well, I just came back from Thailand for attending the conference there. Dun worie, there is so many stories and picture for me to tell and for u to read.

will upload the pictures soon!!..
:)

Dec 8, 2008

5 Amalan Menjaga Kesihatan

Assalamualaikum, hey, im back now well juz for a while. Here is some info on how to take a good care of urself. I got these from my email, macam biasa.. ehehe..lagipun its good to try it.
Here goes,

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt :

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) pada setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

' Insya Allah, tawakal '

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat
penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Wassalam

Dec 6, 2008

Will be back soon..

Hi guyz, will be back soon for updates okay. Just wait me for another stories, quotes and info k.

Dec 2, 2008

Babies.. You'll smile..










I got all these from my email.. so nice and so cute.. mberi geram hati..

Nov 30, 2008

Mandikan AKU Bonda....

Well, this is a very sad story which i got from my email.Kepada para ibu, hargailah setiap masa bersamanya dan janganlah diabaikan untuk perkara-perkara yang boleh buat diri kita merasa kesal kelak.

Di bawah ini adalah satu contoh tragis sering kali orang tidak mensyukuri apa yang dimilikinya hingga keakhirnya .

Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan sekuliahku ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme yang tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya sudah jelas meraih yang terbaik, di bidang akademik mahupun profesion yang akan diceburinya. ''Why not the best'' katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika.

Ketika pihak Universiti menghantar mahasiswa untuk menuntut di International Law Di Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah seorang daripadanya. Saya pula lebih memilih menyelesaikan pendidikan dalam bidang kedoktoran. Berikutnya, Rani mendapat jodoh yang ''selevel''; sama-sama berprestasi, meskipun berbeza profesion.


Aliffya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai Staf Diplomat, bertepatan dengan selesai suaminya meraih PHD. Maka lengkaplah kebahagiaan mereka. Kononnya, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ''Aliff'' dan huruf terakhir ''Ya'', jadilah nama yang enak didengar: Aliffya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Ketika Aliff, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak GARUDA, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain. Sebenarnya saya pernah bertanya, ''tidakkah si Aliff terlalu kecil untuk ditinggal-tinggalkan? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is ok!'' ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter 'mahal'. Rani cuma mengawal jadual Aliff melalui telefon. Aliff membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan wang yang banyak. ''Contohilah ayah-Bonda Aliff, kalau Aliff besar nanti.'' begitu selalu nenek Aliff (ibu Rani) berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya. Ketika Aliff berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik. Terkejut dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk menghadirkan seorang adik buat Aliff. Sungguh anak kecil ini 'memahami' orang tuanya. Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Aliff, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek. Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut.bahkan, kata Rani, Aliff selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani memanggilnya ''malaikat kecilku''.

Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya super sibuk, Aliff tetap membesar dgn penuh kasih sayang. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Aliff menolak dimandikan baby sitter. 'Aliff ingin Bonda mandikan', ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolak permintaan Aliff sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut memujuk Aliff agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya. Sesungguhnya, Aliff mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut. Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikan aku!'' kian lama suara Aliff penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Aliff sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak lebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Aliff dapat ditinggal juga.

Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter. 'Puan doktor, Aliff demam dan kejang-kejang. Sekarang di emergency' dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah SWT sudah punya rencana lain. Aliff, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya.

Rani, ketika diberi tahu tentang Aliff, sedang merasmikan pejabat barunya. Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Aliff mula menuntut dimandikan, Rani memang menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.

Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil terbaring kaku. ''Ini Bonda lif, Bonda mandikan Aliff,'' ucapnya lemah, di tengah-tangah jemaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi dari sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.

Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri di sisi pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ''ini sudah takdir, ya kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang lautan, kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan ?' saya diam saja.

Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya tegak seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. 'ini konsekuensi dari sebuah pilihan,' ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat. Hening seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kemboja. Tiba-tiba Rani berlutut. 'aku ibunyaaa!' teriaknya seperti histeria, lalu meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis, lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. 'bangunlah Lif, Bonda mau mandikan Aliff. Beri kesempatan Bonda sekali saja lif. Sekali saja, Aliff..........' Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya ke pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah merah yang menaungi jasad Aliff. Senja pun makin tua.

Nasi sudah menjadi bubur, sesal tidak lagi dapat menolongnya.

Hal yang nampaknya mudah sering kali menimbulkan sesal dan kehilangan yang amat sangat.

Sering kali orang yang sibuk 'di luar', asik dengan dunianya dan ambition sendiri hingga mengabaikan orang-orang disampingnya yang disayanginya. Akan masih ada waktu 'nanti' buat mereka jadi abaikan saja dulu.

Sering kali orang takabur dan merasa yakin bahawa pengertian dan kasih sayang yang diterimanya tidak akan hilang. Merasa mereka akan mengerti kerana mereka menyayanginya dan tetap akan ada.

Pelajaran yang sangat menyedihkan. Semoga yang membacanya dapat mengambil iktibar yang terkandung dalam kisah tersebut

Nov 29, 2008

Tips Eratkan Persahabatan

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.



2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu akan selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap yang boleh merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.


8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegurdan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dgn melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat- mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. jangan seperti ' kawan ketawa ada, kawan menangis tiada' .Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselesaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh dimata, dekat dihati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon atau sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih akan saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang-kurangnya kita kenalah beralah, bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

Nov 27, 2008

Makanan Antikolestrol

Assalamualaikum, apa khabar? im really2 sorie for not updating this blog for these few days. Almaklum buzy. Well, now im back with this new topic. Ani pun saya dapat dari intenet jua. Apa salahnya kalau saya share sama abiskita. Ani pasal kesihatan plang ni, makanan yang antikolestrol. Mun faham Alhamdullilah.

Disini ada beberapa senarai makanan yang boleh dikategorikan sebagai makanan antikolestrol. Kalau salah, awal2 saya minta maaf k, lagipun info ni saya dapat dari internet jua. Sama2 mengingati tidak salah kan? Sebagai pengetahuan kita bersama.

SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.



BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.


EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.


IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.



MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kendodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%
.

OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.



JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Kredit to www.isuhangat.com

Nov 23, 2008

Hanya Ingin Mengingati Sesama Islam...

Ini adalah suatu artikel yang saya dapat dari email yang dikirm ataupun d 4ward kepada saya.
Diharap apa yang saya rasa akan turut dirasa oleh semua readers yang datang melawat blog ini..

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali.
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya.
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beritaulah kepada kawan sebagai peringatan dan nasihat hidup..

Wassalam..

Nov 21, 2008

SSYEAP 2008


Photos by Farahanas

Nov 20, 2008

Kapal Belia SSEAYP 2008

Sebenarnya awal bulan Nov hari tu, kami adalah mengambil anak angkat 2 orang. yang seorang dari Thailand dan Yang satu lagi dari Malaysia. Baik jua friendly. Eh salah, baik jua english ku atu just pass, ehehe... hmm dua2 bini2 lah... :)

Ni ada gambar2 nya ah, saja kan mencuci mata bah, lagipun gambarku ada..ehehe.. jantah byk2..














1st Day : Ani masa kami mula2 makan sama bisdurang. Kami bawa makan ambuyat. Yang sorang atu ok, p yang dari Thailand, makan nasi ia ganya. Lain kali pengliatannya..ehehe.. Pastu balik kajap, then round2 kampong Ayer, kejumpahan 'JONG BATU', ala yang mcm ceta si tanggang ah..then we went to alat kebesaran. kemudian malam menyambung lagi, ke damuan, istana n ke masjid jame n last ke masjid bandar n pastu yang syoknya ' kita makan dulu'.. ehehe.. Kuat makan.Biasa gerai kianggeh.



2nd Day: Hari kedua, my sis bawa bisdurang melawat ke muzium teknologi n ke tamu kianggeh. Tapi sorie, no pictures ah salnya photographernya skulah.. ehehe.. Kemudian si MAYUREE yang dari thailand kan membali charger cameranya salnya yang ada rahnya rosak. Since byk lagi tempat persingahan sayang jua lau nda begambar, so dibawa tah round2 kedai. Baik jua terjumpa.

Waktu petangnya, kami bawa round empire, tarus makan angin n meliat sunset. tapi nda sempat kan meliat sunset ah, salnya kan singgah ke mall g n gagas kan balik salnya ada bbq di rumah, makan ramai2 n sesi berkenalan tarus. Kan singgah ke pasar malam pun nda jadi, well maybe next time sja nanti k guyzz..


















Photos by Farahanas

Nov 19, 2008

SELALU SAKIT PERUT??

Pernah sakit perut? Mustahil tidak pernah kan? Semua orang pernah mengalami sakit perut yang teramat amat sakit terutama sekali bagi perempuan. Banarkan? Disini ada beberapa petua bagi mengurangkan sakit perut..



Selamat mencuba

Bagi menghilangkan sakit perut cuba petua ini. Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri.


Senggugut memang menyakitkan.Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia kedalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.Hasilnya senggugut akan hilang.

Rokok? Dimana bahayanya?

Rokok? Apa yang membuatkan orang suka merokok? sedangkan dimana2 ada saja iklan yang menunjukkan bahawa rokok itu sangat merbahaya kepada kesihatan kita. Entahlah, sebenarnya tau sudah, tapi pura2 nda tau. Macam pepatah yang selalu kitani pakai ' MUN FAHAM BISAI'.

Bagi yang merokok, fikirkan tia apa yang abiskita masukkan dalam tubuh badan kita sendiri...

Nov 18, 2008

BEWARE GUYZZ

Disini ada beberapa petua atau nasihat yang perlu diketahui, tau2 tah musim ani musim teknologi canggih, so beware sja k

Answer the phone by LEFT ear
Do not drink coffee TWICE a day
Do not take pills with COOL water
Do not have HUGE meals after 5pm
Reduce the amount of TEA you consume
Reduce the amount of OILY food you consume
Drink more WATER in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS
Do not use headphones/earphone for LONG period of time
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 time.

PLEASE tell ur friends if u LOVE them.

Nov 17, 2008

PERINGATAN UNTUK KITA..

Pernahkah awda terfikir perkara ini???.. Fahamilah... Ini untuk pengetahuan kita jua kan...kan..

A sliced Carrot looks like the human eye The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye...and YES science now shows that carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.


A Tomato has four chambers and is red. The heart is red and has four chambers. All of the research shows tomatoes are indeed pure heart and blood food.


Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows that grapes are also profound heart and blood vitalizing food.


A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds are on the nut just like the neo-cortex. We now know that walnuts help develop over 3 dozen neuron-transmitters for brain function.


Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.


Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet the body pulls it from the bones, making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.


Eggplant, Avocadoes and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers. And how profound is this? .... It takes exactly 9 months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemica l cons tituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).

Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of Sperm as well to overcome male sterility.


Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.



Olives assist the health and function of the ovaries



Grapefruits, Oranges , and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.




Onions look like body cells. Today's research shows that onions help clear waste materials from all of the body cells They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes

Nov 14, 2008

Di manakah kasih sayang AWDA??

Kasih sayang mengikut bulan lahir........ . Dimanakah kedudukan AWDA?

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

------------ --------- --------- --------- --------- ----
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- -----
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

------------ --------- --------- --------- --------- -
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hat i pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- --
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

------------ --------- --------- --------- --------- -
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan..
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
------------ --------- --------- --------- --------- --
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
------------ --------- --------- --------- --------- ------
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- -
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak d egil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- ---
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Ani aku dapat dari email yang di4ward dari kawan2, so disebarkan lah lagi untuk pengetahuan semua.

Nov 11, 2008

Jangantah dbuat deh...Fikirkan taya..

Disini ada beberapa petua atau nasihat yang boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Kalau rasanya ianya baik untuk kita, kenapa tidak kita ikut? baca dan fahamilah, pernahkah awda buat perkara2 seperti ini?

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumahtanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan
.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Oct 31, 2008

PELUPA? Cuba cara ini...

Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
5. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
6. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut
mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
7. Buat stretching bila bangun dari tidur
8. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
9. Elakkan lihat kemaluan dan najis
10. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari
11. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
12. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
13. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
14. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
15. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
16. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.


Kredit to www.isuhangat.blogspot.com